Thursday, November 26, 2015

Untukmu Bergelar wanita

بسم الله الرحمن الرحيم

 jadilah dirimu wahai wanita seperti bunga ros,
yang mana hidupnya mekar indah berpagarkan duri.

 sungguh beruntung insan yang bergelar wanita. sungguh banyak pintu-pintu syurga terbuka buatmu. dari diri dibawah tanggungan ayahmu sehinggalah dibawah jagaan suamimu. akan tetapi ingatlah wahai wanita bahawa perilakumu mengikat syurga neraka ayahmu mahupun suamimu.

  ku tinggalkan pesanku ini disini agar sedikit sebanyak mampu menelusuri ruang bicara hatimu wahau wanita. kerna tulisan pena itu lebih mendamaikan bagiku.

 wanita....tutuplah auratmu. ketahuilah kamu bahawa auratmu itu sungguh berharga. kasihanilah ayahmu. kasihanilah bakal zaujmu.kerna insan inilah yang akan menerima baik atau buruk akibat darimu.

 labuhkanlah tudungmu wahai wanita. longgarkanlah pakaianmu. peliharah auratmu dari yang kamu rasakan kecil sehinggalah yang kamu rasakan besar. terkadang kamu merasakan yang kamu telah memeliharanya, tetapi terkadang kamu terlupa aurat yang kamu anggap remeh.tutupilah kakimu. selindungilah lenganmu meskipun kamu berbaju kurung mahupun berjubah. kerana yang kamu rasakan kecil inilah yang terkadang mampu menjadi aset dosamu.

 wanita... ketahuilah bahawa kecantikan itu bukan hanya terpancar dari wajah, tetapi turut memerlukan hati untuk membuatkannya sempurna. apalah guna jika hanya kecantikan wajah yang didambakan tetapi akhlak budi bicara entah kemana. wanita itu fitrahnya lembut dalam bicaranya,sopan dalam tuturnya. ingatlah wahai wanita bahawa hati yang murni itu lebih membuat kamu kelihatan lebih bernilai.

 wanita...ketahuilah bahawa malu itu seperti singgahsana yang mampu menjaga diri dan nama. ketahuilah kamu bahawa wanita itu sifatnya seperti permata. lagi dijaga disimpan rapi, lagi mahal dan bernilai harganya. janganlah biarkan diri seperti makanan yang dijual dijalanan tanpa ditutupi, dipegang dan akhirnya rosak tanpa bernilai. 

 wanita... ketahuilah bahawa ketegasanmu itu merupakan satu perlindugan buatmu. bukanlah bermaksud kamu itu harus menjadi seperti singa yang tiada berperasaan. tetapi cukuplah kamu pandai mengeluarkan ketegassanmu itu pada waktu dan masanya. 

 akhir kalam, ingatlah wahai wanita. wanita yang solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang. siapapun diri kita pada masa lalu, kita berhak untuk berubah ke arah yang lebih baik..

wanita tidak seharusnya menjadi bulan yang boleh ditatap dipuji semua orang, tetapi perlulah menjadi mentari yang silaunya membuatkan orang tertunduk sebelum melihatnya.

moga kita dalam rahmatnya. 
 
 

No comments:

Post a Comment